Asas Penubuhan

Bahagian Khidmat Pemasaran (BKP) ditubuhkan pada 1 Mei 2008. Tujuan bahagian ini ditubuhkan adalah untuk memendekkan rantaian pemasaran iaitu mengurangkan peranan orang tengah dan jualan terus ke kilang. BKP juga memantapkan sistem pemasaran dengan memantau dan mengawal harga getah peringkat ladang supaya tiada manipulasi atau dimonopoli oleh mana-mana pihak. Di samping itu, BKP juga mengekalkan dan mengukuhkan dasar kerajaan berhubung harga getah dan lain- lain dasar yang berkaitan. Sudah menjadi kelaziman, setiap matlamat usahawan adalah untuk mengaut keuntungan yang maksimum dengan kerja yang mereka lakukan. Hal ini kerana, setiap kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi itu, jika pengurus itu menggunakan kebijaksanaanya untuk mengendalikan syarikat supaya teratur, selaras dengan peraturan dan undag-undang serta matlamat organisasi tersebut, mungkin sesebuah organisasi itu dapat menempa kejayaan yang akan datang.Begitu juga di RISDA, Bahagian Khidmat Pemasaran adalah bahagian yang penting sekali dalam melaksanakan urusan pemasaran getah bagi membantu pekebun kecil..


MOTTO

Pemasaran Mantap, Pekebun Kecil Bahagia



VISI
Menjamin Pemasaran Getah dan Sawit Pekebun Kecil pada Harga Terbaik


MISI
Memperkasa Pekebun Kecil Dalam Pemasaran Getah dan Sawit


OBJEKTIF
Menjelang tahun 2015 pekebun kecil memperoleh harga getah sekurang-kurangnya 80% dari harga f.o.b. dan BTS 18% dari harga MSM hantaran tempatan

PUSAT MEMPROSES GETAH CREPE (PMGC)

  • BahagianKhidmat Pemasaran bertanggungjawab dalam menerima pemohonan bagi yang memenuhi syarat tujuan pembinaan Pusat Memproses Getah Crepe (PMGC) untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan PMGC.
  • PMGC merupakan satu mesin yang membolehkan nilai tambah getah skrap dapat ditingkatkan melalui pemprosesan skrap ke getah crepe. Hasilnya akan mempunyai kualiti yang baik, bersih dan mempunyai kandungan KGK yang tinggi.



Faedah Penubuhan PMGC

• Dapat menawarkan harga yang lebih tinggi kepada pekebun kecil berbanding pembeli tempatan.
• Memendekkan rantaian pemasaran dengan jualan terus ke kilang SMR.
• Menambah nilai kepada hasil produk pekebun kecil.
• Membolehkan hasil dipasarkan secara bersistem dengan mutu lebih tinggi.
• Memberi rebet kuantiti dan kualiti kepada pelanggan dalam bentuk tunai atau barangan
• Menambah bilangan usahawan terlibat dalam industri pemasaran getah di kalangan bumiputera
• Memberi peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan kepada penduduk tempatan
• Menjadi tempat rujukan pekebun kecil bagi mendapatkan maklumat harga dan keadaan pasaran semasa.

Aktiviti BKP - JUNE 2009

21/06/2009 -
Ceramah Kursus Sehari produk Keluaran Pekebun Kecil di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani, Kedah

22/06/2009-
Lawatan projek depoh belian, PTS dan PMGC di KPK Larut Matang, Perak