PUSAT MEMPROSES GETAH CREPE (PMGC)

  • BahagianKhidmat Pemasaran bertanggungjawab dalam menerima pemohonan bagi yang memenuhi syarat tujuan pembinaan Pusat Memproses Getah Crepe (PMGC) untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan PMGC.
  • PMGC merupakan satu mesin yang membolehkan nilai tambah getah skrap dapat ditingkatkan melalui pemprosesan skrap ke getah crepe. Hasilnya akan mempunyai kualiti yang baik, bersih dan mempunyai kandungan KGK yang tinggi.



Faedah Penubuhan PMGC

• Dapat menawarkan harga yang lebih tinggi kepada pekebun kecil berbanding pembeli tempatan.
• Memendekkan rantaian pemasaran dengan jualan terus ke kilang SMR.
• Menambah nilai kepada hasil produk pekebun kecil.
• Membolehkan hasil dipasarkan secara bersistem dengan mutu lebih tinggi.
• Memberi rebet kuantiti dan kualiti kepada pelanggan dalam bentuk tunai atau barangan
• Menambah bilangan usahawan terlibat dalam industri pemasaran getah di kalangan bumiputera
• Memberi peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan kepada penduduk tempatan
• Menjadi tempat rujukan pekebun kecil bagi mendapatkan maklumat harga dan keadaan pasaran semasa.

1 comment:

  1. assalamualaikum..

    terimakasih kerana mengujudkan laman blog ini.

    Untuk makluman, Koperasi Pekebun Kecil Daerah Raub sedang memulakan usaha untuk membina sebuah pusat crepe getah di Daerah Raub melalui permohonan geran bantuan daripada RISDA.

    Kami ingin mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai prosedur permohonan, syarat dan layout tapak yang perlu disediakan. Selain itu, dapatlah sekiranya dibekalkan dengan apa apa gambar berkenaan mesin crepe yang akan dibekalkan oleh RISDA.

    Terimakasih

    Jamaludin
    Pengurus KOPRA

    ReplyDelete